!THE HISTORY!

Friday 23 December 2011

DAFTAR JANGAN TAK DAFTAR!

hello semua. ok, korang semua mesti dah dapat surat daripada sahut kan, untuk check in pada 2 januari 2012. beress. dah ready ke? nak menempuh tahun yang baru, all new story, all new intense, dan all new bittersweet moments ni? oh lupa plak all new challenge, iaitu spm. bila baca butiran surat ni, tak banyak la perubahan yang dilakukan. perkara yang perlu dibawa dan dilarang bawa lebih kurang sama je. cume hairan dengan larangan membawa mp3. sedangkan perkara ini didakwa telah dipersetujui oleh warden dan majlis pemimpin pelajar untuk membenarkan pembawaan mp3. hmm yang tu biarkanlah dulu, mungkin ada penjelasannya nanti. bayaran asrama yang perlu dibayar pun bukanlah perkara yang luar biasa. sama je macam sekolah berasrama penuh yang lain. malah ada yang lagi mahal. dan..oh ya, ada sesetengak pihak cakap yang masa diorang datang ke pejabat, ada baju batik contoh yang baru dipamerkan. nak tukar dah ke? mungkin, tapi belum dipastikan lagi kesahihannya. tapi orang cakap, kain dia best, licin. wah wah..tapi yang sedia ada dulu pun tak kurang hebatnya. tak kisah la tu, asalkan boleh puaskan hati semua pihak. ok, jangan lupa tulis borang yang disertakan selengkapnya, dan kita jumpa di dewan besar sahut pada waktu dan tarikh yang ditetapkan. see you guys at SAHUT 2012!

No comments:

Post a Comment